Sabtu, 8 September 2012

malang syawal

Pada subuh 7 syawal terjadi kejadian yg tidak diingini... jatuh di rumah  mertua. Akibatnya bukulali  patah dan dpt sambung cuti sampai raya haji..

Isnin, 23 Julai 2012

RAMADHAN TIBA LAGI


Telah tiba bulan dibuka semua pintu syurga, ditutup semua pintu neraka dan dirantai segala syaitan .  Bahkan merupakan bulan keampunan dan pahala digandakan. Bulan yang dirindui selama ini, kini muncul kembali. Seharusnya nikmat kurniaan Illahi ini direbut dan dikecapi dengan gandaan amalan. Kegiatan dan rutin lebih menjurus mendekatkan diri dengan Nya.

Adalah malang seandainya peluang yang hanya 30 hari dalam setahun tidak direbut dan lebih malang jika hanya merebut jualan murah yang belum tentu murahnya.

Sabtu, 11 Februari 2012

SUARA...



Lama bebeno blog ini tidak dikemaskini... sebenarnya banyak juga yang ingin diluah tapi pelbagai kekangan menyukarkan blog ini ditinjau. Lebih-lebih lagi setelah pulang menunaikan haji tahun lepas.

Pengalaman di tanah suci Mekah dan Madinah benar-benar memberikan pengajaran dan ilmu. Banyak perkara dan rutin dalam hidup nie yang perlu dihijrahkan. Persoalan yang sering bermain kini, adakah aku mendapat Haji Mabrur??



Tekad dan keazaman dalam menambah kecintaan pada Illahi dan Rasul Nya dipasak dalam sanubari. Harapan dan doaku moga hijrah ke arah penambahbaikan ibadat dan pengamalan Sunnah terus istiqamah.

Sabtu, 9 Julai 2011

PELUDAH WARNA



Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

Selasa, 5 Julai 2011

Rabu, 20 April 2011

renung-renungkan....

INI ADALAH DAPATAN E-MAIL YG INGIN DIKONGSI BERSAMA;


Kenapa Aku Diuji ?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
- Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa Ujian Seberat Ini ?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust ?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya ?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa Yang Aku Dapat Drpd Semua Ini ?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
- Surah At-Taubah ayat 111

Kepada Siapa Aku Berharap ?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

Aku Tak Tahan !

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 87

Khamis, 14 April 2011

showcase amir

Pada 10 April 2011 lalu telah berlansung Majlis Maulidur Rasul di Nusa Damai iaitu kawasan kediaman ku.

Selain perarakan dan ceramah, terselit acara persembahan. Maka nak dijadikan cerita, anak bujang yang 6 tahun ni pun terlibat sama. Puas lah si bapak melatih nasyid...almaklum ni first time si Amir ni berdepan di khalayak ramai.


Entah macam mana, dugaan buat si Amir ni... boleh hari tu dia kena muntah-muntah. Nyaris tak boleh nak bersuara... Tapi.. semangat nak bernasyid dan tak mahu menghampakan harapan cikgunya...si Amir ni tetap tampil bergaya...uhuk...anak bapak!!!

Isnin, 7 Mac 2011

INFO

Info Air Mineral

Ada tiga kategori : -

1. Air mineral bertudung putih ( sekadar minuman biasa, tanpa zat)
2. Air mineral bertudung biru (minuman berzat)
3. Air mineral bertudung hijau (minuman berzat dan dirawat

So... kalau anda beli air mineral selepas ini, fikir dulu sebelum beli kerana ia berbeza harga dan khasiat. Sekian info air mineral.

SUMBER; facebook norshazwan abd rashid

TAHNIAH

Tahniah buat dua orang wakil rakyat baru iaitu di Kerdau dan juga di Merlimau. Harapan ku agar segala yang dijanji akan dikota. Bukan sekadar pemanis kata memancing undi. Jangan jadi seperti seorang wakil rakyat tuu yang telah disabit kesalahan rasuah. Dengo2 nya kesalahan tu dibuat 5 bulan selepas jadi wakil rakyaT. Wakil rakyaT parti mana lah u iye?? Moga juga tidak tergadai prinsip dek penangan politik...lebih-lebih lagi prinsip yang berlandas ajaran agama..

Tahniah juga buat sahabat2 di Timur Tengah yang berani bangkit menentang pemimpin2 yang membolot harta negara tanpa mempedulikan kesengsaraan rakyat. Rakan2 di Tunisia dan Mesir telah membuktikan "kuasa" sebenar. Semangat bersatu yang dipamerkan dalam menyuarakan ketidakpuasan hati menjadi peringatan buat pemimpin negara2 lain. Kini kebangkitan rakyat telah merebak ke negara lain di Timur Tengah. Adakah Teori Domino mula menyerlah? Sememang tidak dinafikan, tatkala kebangkitan ini memuncak; pasti ada pihak menangguk di air yang keruh. Pasti juga akan menagih pengorbanan, sama ada harta atau nyawa. Pasti juga ada pihak turut jadi "pak sibuk". Namun ia jelas sebagai satu simbol bahawa penindasan tidak akan selamanya berleluasa.

Tahniah juga buat Bob Lokman atas penghijrahannya... Seperti lazimnya, dek kerana Bob Lokman berhijrah ke pihak yang bukan pro kerajaan maka lebih terserlah buruknya dari baiknya. Lebih banyak kontra dari pro nya. Lebih banyak mengeji dari memuji. Lebih banyak busuk dari wangi. Seharusnya kita redha dan doakan moga perubahannya itu merupakan kebaikan dalam hidupnya. Bukan menjadi tukang kritik yang hanya tahu mencari salah....Tapi yang pasti Restoran Tupai-tupai Bob Lokman tetap menyelerakan menunya...


tahniah...tahniah...tahniah...

Isnin, 28 Februari 2011

KHAS UTK SUAMI SAHAJA (DAPATAN E-MAIL)

"Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh-tarikh penting dan lupakan pemberian-pemberian istimewa yang pernah dihadiahkan dalam hidup mereka kepada orang tersayang, seperti ulangtahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri dengan ucapan atau pemberian."

"Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan".

"Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri dengan keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata-mata mereka sedalam-dalamnya".

"Seorang isteri takkan gembira sekiranya suami selalu perkecilkan dan pandang remeh pada diri atau tindakkannya. Pujian dan dorongan mampu meningkatkan semangat isteri".

"Suami usah bermata keranjang kerana sikap yang sedemikian menunjukkan ketidakmatangannya, disamping melukakan hati isteri serta menggugat kepercayaan isteri terhadap si suami."

"Suami yang cemburu buta adalah suami yang tidak rasional. Cemburu adalah tanda sayang, namun berpada-padalah kerana ia boleh merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri."

"Suami yang cetek ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan cemerlang. Kegagalan beri nilai rohani kepada mereka membenihkan kemungkaran dan kerosakkan"

"Suami yang terlalu ego akan membuat isterinya tertekan. Sikap tersebut megenepikan isteri dan dia merasakan tidak berguna lagi dalam apa jua tindakan dan keputusan"

"Suami yang tak jujur dalam hubungan akan meruntuh rasa kepercayaan isteri padanya. Perkahwinan adalah perkongsian manakala kejujuran adalah kunci bahagia dalam rumahtangga"

"Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan"

"Usah bandingkan isteri dengan wanita lain,walaupun ibu atau sedara mara sendiri kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi."

Khamis, 17 Februari 2011

TEKANAN DARAH TINGGI

Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?

90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala
10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
• Sebab yang tidak diketahui (90%)
• Sebab sekunder (10%)
1. Penyakit buah pinggang
2. Penyakit sistem endokrin
3. Penyakit pembuluh darah

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?

Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan
anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah
seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.
Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
• Cara hidup tidak aktif
• Umur melebihi 35 tahun
• Merokok
• Kegemukan
• Paras kolesterol tinggi
• Sejarah keluarga
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala
• Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
• Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti
sakit kepala atau pening kepala
• Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya
ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut
(bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
• Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa
tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa
kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan
Darah Tinggi?

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan
dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:

• Otak
o Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient
Ischaemic Attack)
• Penyakit jantung seperti :
o Coronary Heart Disease
o Congestive Heart Failure
o Left Ventricular Hypertrophy
• Komplikasi pada mata
o Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
o Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
• Komplikasi pada buah pinggang
o Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi,
Microalbuminuria, Proteinuria).
• Peripheral vascular disease seperti
o Aneurysm
o Kehilangan satu atau lebih denyut nadi


SUMBER : INFOSIHAT.GOV.MY

Selasa, 1 Februari 2011

sumbangan

Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh Namrud, dikisahkan seekor burung telah membawa air dengan paruhnya utk cuba memadamkan api tersebut. Ditanya, bagaimanakan air diparuhnya boleh memadamkan api tersebut seolah2 sesuatu usaha yg sia sia.

Burung itu menjawab, aku akan ditanya oleh Allah apakah yg kamu buat ketika Nabi Allah Ibrahim dibakar. Aku tidak akan ditanya sama ada aku dapat memadamkan api tersebut. Maka benarlah kita akan ditanya tentang usaha yg telah dbuat dan bukannya apa hasil yg dicapai.

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? - (A-li'Imraan 3:142) |

Jumaat, 28 Januari 2011

TENANG

Terlebih dahulu nak ucapkan Tahniah buat Abang Long Maarof kerana isterinya Normala Sudirman telah manjadi calon PAS bagi PRK DUN TENANG, segamat. Abang Long yang pernah jadi rakan sebilik waktu menuntut di IPG IBKL merupakan seorang yang tenang atau dengan lain perkataan "cool" . Penyabar dan tidak mudah melatah. Justeru pilihan pasangan hidupnya sememangnya telah dijangka budipekerti dan sahsiahnya.


Benarlah kata orang, cubit peha kiri; peha kanan terasa. Aku menjadi begitu panas hati dan membuak-buak kemarahan tercetus tatkala membaca komentar Presiden MCA dan juga beberapa pemimpin Cina BN berkaitan "sarung tangan" Normala. Bagi penganut Islam, sahsiah dan keperibadian Normala adalah murni, terpuji dan bersandarkan ajaran Islam. Bukankah haram bersentuhan antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim?? Justeru apa hak penganut agama lain mempertikai kewajaran tindakan Normala itu?? Tidakkah ada pihak bijak pandai agama dalam UMNO yang boleh menegur sikap pemimpin parti sekutunya itu?? Jika demikian benarlah kata orang; UMNO hanya menitikberatkan bangsa berbanding agama...Jangan kerana politik tergadai agama...


Tatkala ini isu INTERLOK masih hangat diperkata... Bagiku tiada isu sebenarnya dalam novel INTERLOK karya Sasterawan Negara itu... Kisah yang berlatarkan zaman sebelum merdeka dipaparkan dengan tulus dan jujur. Kalau nak diperdebatkan tentang keburukan sesuatu kaum yang didedahkan, bukan hanya kaum2 tertentu sahaja yang menjadi mangsa. Bahkan kepincangan sikap pada kaum melayu dan cina turut dikupas. Malangnya hanya satu kaum yang melenting lantaran penggunaan perkataan yang katanya menghina. Tak banyak mana pun perkataan itu diguna dalam INTERLOK. Lagipun perkataan tersebut bukan diguna sewenang-wenangnya. Ia relevan dengan peristiwa benar yang ingin dikisahkan dalam novel tersebut. Mengapa perkara yang tak sepatutnya jadi isu diperbesarkan?? Ada udang sebalik batu ??? Rasanya lebih relevan diharamkan filem Hindi dan Tamil dari ditayangkan di Malaysia lantaran aspek keganasan dan juga tiada nilai yang sesuai dengan masyarakat Malaysia...( meminjam kata2 pelakon Abu Bakar Omar)


Rasanya belum terlambat untuk ucapkan tahniah juga buat Datin Sri Rosmah Mansor kerana berjaya membawa rombongan pendidikan ke Oman dengan dibiayai sepenuhnya oleh kerabat diraja Oman... Betullah kata seorang sahabat ; alangkah bagusnya jika saya dapat membawa lawatan penanda aras pelajar saya ke sekolah tuan dengan dibiayai kos lawatan (makan, minum, penginapan dan pengangkutan)tersebut oleh pihak tuan......

Selasa, 30 November 2010

KETUANAN MELAYU

Hari nie... dok sibuk mengulas titah ucapan DYMM Sultan Selangor. Titah ucapan baginda dikatakan rentetan daripada ucapan Presiden PKR.. maka bermulalah episod penggunaan istilah KETUANAN MELAYU dan KETUANAN RAKYAT...

Aku cuma teringat kisah HANG JEBAT dan HANG TUAH,, petembungan antara KESETIAAN dan KEADILAN... aku juga teringat punca kejatuhan KESULTANAN MELAKA.. bagaimana SI KITOL dan RAJA MANDELIAR memainkan peranan... aku juga teringat bagaimana suatu masa dahulu intitusi Raja-raja diperlekehkan dengan hilangnya imuniti Raja-raja.... aku juga teringat istilah MELAYU MUDAH LUPA... me...layu...

Yang pastinya.... ramai yang buang anak, MELAYU... ramai yang menagih dadah, MELAYU.... ramai yang merempit@samseng jalanan, MELAYU.... ramai yang merempat, MELAYU....ramai yang menipu, MELAYU.... ramai yang kena tipu pun MELAYU.....

KETUANAN MELAYU.... benarkah setelah 53 tahun merdeka, MELAYU menjadi TUAN? apatah lagi apabila melihat BAHASA MELAYU diperlekehkan....pada papan iklan, pada nama jalan, pada perbualan, pada istilah, pada tulisan......................

Sebenarnya dan sejujurnya.... MELAYU tak boleh jadi TUAN..... kerana kita orang MELAYU punya TUAN yang lebih hebat....ALLAH SUBHANALLAH TAALA...

5 sebab berhenti minum air berkabonat

Mengapa harus berhenti minum soft drink @ air berkabonat?

Diambil dari GeniusBeauty, Rabu (7/7/2010), berikut 5 alasan kesehatan mengapa orang wajar berhenti minum soft drink:

1. Obesiti (berat badan berlebihan)

Peneliti di University of Texas menemukan bahwa soft drink meningkatkan risiko obesiti rata-rata 32.8 peratus, sedangkan diet coke (soft drink bebas gula) justeru meningkatkan risiko hingga 54.5. Maka soft drink bebas gula tak selalunya sihat.

2. Kalori yang tak berguna

Sebahagian besar minuman soda mengandung 250 kalori per 600 ml. Tak ada kandungan nutrisi atau mineral di dalamnya, melainkan hanya gula dan kafein.

3. Kecanduan atau adiktif

Soft drink juga dapat menyebabkan semacam kecanduan. Yang merangsang kecanduan adalah kandungan kafein di dalamnya. Setelah berhenti dari kebiasaan minum soft drink, Anda akan mengalami gejala putus zat seperti sakit kepala, depresi, gugup dan menggigil.

4. Meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes

Menurut sebuah laporan yang diterbitkan oleh American Heart Association di Circulation Journal pada tahun 2007, orang yang minum soft drink setiap hari akan meningkatkan risiko sindrom metabolik, yaitu suatu kondisi yang meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes, sebesar 44 persen.

5. Mengurangi jumlah sperma

Hasil studi di Denmark menunjukkan laki-laki yang meminum 1 liter atau lebih soft drink setiap hari bisa berbahaya bagi spermanya. Laki-laki yang sering meminum soft drink menghasilkan sperma 30 persen lebih rendah dibandingkan yang tidak minimum soft drink.

Isnin, 29 November 2010

PROVOKASI



Catatan ini ditulis tatkala Korea Utara baru sahaja menyerang secara mengejut ke atas Korea Selatan... menyerang di sini adalah betul2 menyerang... menyerang yang mengorbankan nyawa.. bukan menyerang ke arah pintu gol bagi permainan bola sepak yang biasa terjadi buat ke dua negara ini...

Pelbagai media memaparkan kutukan dan cemuhan masyarakat antarabangsa ke atas Korea Utara... iye sebagaimana terjadi ke atas Iraq sewaktu ia menyerang Kuwait dulu... justeru kita sama2 ikuti adegan seterusnya, adakah Korea Utara juga bakal diserang Amerika dan sekutunya seperti yang terjadi ke atas Iraq? Atau sekadar cemuhan dan kutukan semata memandangkan tiada yang istimewanya Korea Utara untuk direbut? (berbanding Iraq yang mempunyai minyak) Atau sekadar Korea Selatan seorang diri yang melawan balas serangan Korea Utara ? ( Amerika dan sekutunya bakal mengaut keuntungan dengan penjualan senjata)

Ramai juga menuding jari menyalahkan tindakan Korea Utara yang sewenang-wenangnya menyerang kedaulatan negara lain. Memang diakui tindakan Korea Utara adalah tidak wajar namun.... pernahkah kita terfikir beberapa tindakan Korea Selatan yang menaikkan amarah negara jirannya ? Perjanjian dan juga usahasama latihan peperangan bersama Amerika seolah menjolok sarang tebuan... meskipun tiada pencerobohan tetapi pelbagai provokasi Korea Selatan sudah pasti menerima akibatnya. Bak kata seorang teman; bolehkah kita mendiam diri apabila melihat jiran kita merosakkan pagar rumah kita, membiarkan anjing kencing di halaman rumah kita, memekak membuat bising di tepi tembok kita, mengacukan isyarat lucah di hadapan keluarga kita; meskipun jiran kita itu tidak mencerobohi rumah kita??? Itulah yang terjadi ke atas Korea Utara....

Rabu, 24 November 2010

CUTI SANTAI

Cuti sekolah dah bermula.... tapi macam biasa laa... murid memang lah cuti tapi cikgu cam aku nie tetap ke sekolah menunaikan dan menyelesaikan beberapa perkara.. ada gak kekawan yang pergi kursus..Almaklum menteri baru, ketua pengarah baru, maka pelbagai perubahan dasar dan juga kurikulum pun baru... Isteri aku lak ada tanggungjawab lain cuti nie... jadi Pengawas SPM... maka secara tidak rasminya kami TIDAK lah bercuti....

Namun begitu... sempat gak aku dan isteri mengambil kesempatan Cuti keputeraan DYMM Sultan Johor yang bersambung dari cuti hujung minggu, membawa anak-anak bersantai. Sebenarnya ia bukanlah percutian yang dirancang. Tujuan asal hanyalah mengiringi pengantin untuk majlis akad nikah di FELDA AIR TAWAR 2, KOTA TINGGI. Lantaran dek kepenatan memandu dan kebetulan tiada perancangan lain, terus melencong ke Batu Layar, Desaru. Alhamdulillah ada lagi bilik kosong di Batu Layar Beach Resort...

Malangnya, kami yang tiba jam 12.00 tengahari terpaksa menunggu hingga jam 5.00 petang untuk "check in". Alasan yang diberi, bilik belum dikemas. Angin satu badan... Hendak tak hendak, bawalah anak2 bersantai di sekeliling pantai. Puas bersantai, kami makan angin menuju ke pekan berhampiran iaitu Sungai Rengit... Puas jugak cuci mata... Tepat jam 5.oo, kami yang memilih bilik keluarga agar lebih selesa agak tekejut dengan keadaan bilik.. Sempit, penghawa dingin tak berfungsi sepenuhnya, sejadah dan tuala mandi tak disediakan, tilam dan cadar berbau kurang enak, berabuk dengan debu...aaarrrrrrrrrrgghhhhhh..tidak seperti yang diharapkan dengan RM yang dikenakan..........

Terus hilang mood nak mandi-manda kat pantai... anak-anak yang pergi mandi laut dengan nenek mereka.. nak hilang marah punya pasal, bantai tido jee.....

So...peringatan buat kenalan...JANGAN SEWA CHALET DI BATU LAYAR BEACH RESORT!!!

Selasa, 9 November 2010

ANUGERAH KECEMERLANGAN

Alhamdulillah...kedua-dua anakku yang bersekolah mendapat keputusan peperiksaan yang memberansangkan. Si sulung terus mengekalkan kecemerlangannya dengan mendapat No 1 bagi sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama. Si angah pula meskipun tidak mendapat No 1 di sekolah kebangsaan, tetapi mendapat markah tertinggi dalam kelas bagi beberapa matapelajaran; manakala di sekolah agama mencapai peningkatan dari No 5 bagi peperiksaan setengah tahun ke No 2 bagi peperiksaan akhir tahun.

Begitulah...dalam usia mereka, ketegasan dalam pendidikan amat perlu bagi memastikan tumpuan yang tekal dalam penguasaan akademik, mahupun sahsiah.

Namun... sekarang yang memeningkan kami sekeluarga adalah MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG untuk mereka yang dianjurkan pihak sekolah kebangsaan dan sekolah agama adalah sama tarikhnya, waktunya dan sesinya..... poning pak cik nak hadiri yang mana satu????

Sabtu, 6 November 2010

BN MENANG LAGI

Ya...seperti yang diumumkan semalam, BN menang dalam PRK DUN Galas dan Batu Sapi. Kemenangan ini sememangnya telah diramal oleh banyak pihak. Bukankah kedua-dua DUN ini kubu kuat BN. Meskipun DUN Galas pernah dirampas PAS, namun ia tetap kubu kuat BN lantaran pengaruh Ku Li .

Kemenangan ini juga telah diramal apabila melihat segala jentera media arus perdana diperkuda untuk kempen BN. Almaklum tampuk kerajaan dipegang oleh BN. Momokkan kebaikan dan timbusan keburukan BN dipampang saban hari. Sebaliknya paparan keaiban dan kambusnya kebaikan pembangkang terus menyerlah.

Kini, masanya untuk kita sama-sama lihat, apakah segala janji-janji yang ditabur akan ditunai? Andainya tidak tertunai, bibit-bibit kekalahan akan terserlah buat BN menjelang PRU kelak. Pengundi-pengundi di Kelantan telah diketahui amat peka, bijak dan sukar diramal. Kita akan lihat perkembangannya kelak.

Namun.....dari perspektif lain....setiap kali pilihanraya kecil diadakan, maka bertuahlah kawasan tersebut. Limpahan pembangunan dan pelbagai subsidi tercurah. Peruntukan tiba-tiba ada untuk pelbagai kemajuan dan kemodenan. Bahkan peniaga dan usahawan turut menerima tempiasnya meskipun tidak selalu. Lupakah...PRK ini diadakan lantaran kematian ADUN sedia ada? Satu kegembiraan menanti setelah perginya seorang ADUN......? Tidak terlampaukah andainya kelak setiap kawasan akan mengharap ADUN nya mati demi mengharap pembangunan dan subsidi dicurah demi kemenangan calon akan datang? Tidak mustahil bukan?

Rabu, 29 September 2010

DRIVER

Arrrggghhh....bengang! Aku tak faham dengan pemandu-pemandu di Pasir Gudang ni....atau mungkin semua pemandu di Malaysia....Bangang atau bengong? Sesuka hati dan sesedap rasa jee corak pemanduannya. Yang pandu kereta semaksima yang mungkin tak usah cerita....sesuka hati melanggar peraturan jalan raya pun iye juga. Lebih-lebih lagi yang suka potong barisan ketika kesesakan jalanraya @ potong "Q"...Semuanya menaikkan darjah kemarahan ke tahap paling tinggi...silap-silap sakit jantung melihat tabiat pemanduan yang menjadi trend tekini...

Kekadang terlepas juga maki hamun dari mulut nie...lepaskan tension. Aku pun tak faham bagaimana mereka ni mendapat lesen....Grrrrrrrr............Memang patutlah graf kematian akibat kemalangan jalanraya makin meningkat...........!

Selasa, 28 September 2010

MARHABAN @ BARAAN

Aidilfitri 2010 ni sememangnya meriah....Meriah dengan pelbagai kenderaan di jalan raya, meriah dengan jualan murah, meriah dengan makanan, meriah dengan pelbagai rancangan di televisyen dan macam-macam lagi jenis meriah....Yang pasti kemeriahan ini hanyalah untuk yang berduit!!!

Salah satu kemeriahannya adalah marhaban....marhaban seolah dan menjadi budaya dan sinonim dengan negeri Johor khasnya keturunan Jawa... Tak pastilah bila ia bermula...Marhaban bererti mengunjungi rumah-rumah jiran dengan tujuan berselawat dan bermaaf-maafan...Objektif dan niat utamanya sememangnya murni , bahkan menambah pahala dengan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Aktiviti yang kini juga menjadi budaya di taman-taman perumahan di sekitar bandaraya.

Namun, niat asal yang tulus murni seolah terpesong menjadi majlis berlumba siapa menyedia juadah paling hebat , sasaran kanak-kanak berebut duit raya dan juga menjadi medan menayangkan rumah siapa yang mempunyai dekorasi hiasan dalaman yang menarik. Itu di bandar.....di kampung-kampung pula seolah menjadi gelanggang anak-anak muda menayang motosikal dan beradu bunyi motosikal siapa paling hebat...

Aku keliru dan dalam kesangsian....masih tersemaikah lagi niat asal? Aku juga dilema untuk sama turut serta bemarhaban atau sebaliknya.....Entahlah....

Khamis, 22 Julai 2010

SUARA SI PACAL

Maaf....agak lama juga Blog ini terabai. Almaklum dok sibuk mengadap facebook..he..he..he..Sebenarnya banyak gak perkara yang nak dicoret..lebih-lebih lagi banyak betul isu2 yang menjerut hati jiwa raga dan perasaan. Isu yang menghakis duit poket pun banyak juga..Namun rasanya tak terluah semuanya....tak tercoret segalanya....tak terjangkau akal untuk memperkata segalanya...

Sekarang sedang hangat diperkatakan perpaduan melayu dan pelbagai saranan bagi menjalinkan kerjasama antara 2 parti yang majoriti nya orang melayu. Bagi ku seandainya ia berlandaskan keikhlasan demi melihat bangsa terus teguh....apa salahnya. Niat lillahi Ta'ala nescaya mendapat keberkatan Nya. Tetapi jika ia semata-mata berunsur politik yang mempunyai agenda terselindung muslihat berkepentingan sendiri, lebih baik tak payahlah diperdebatkan. Malangnya, hati orang kita tak tahu............mata jarang melihat udang di sebalik batu. Justeru, tawakkaltua'lallah dan istiharoh lah. Mudah-mudahan ada petunjuk dari Nya.

Masih lagi terasa kehangatan "penyelarasan" subsidi terutamanya gula ,gas dan petrol. Pihak yang berkuasa terus-terusan memaparkan promosi kebaikan penyelarasan subsidi . Antaranya demi kesihatan, kebaikan semua dan juga tumpuan subsidi pada aspek pembangunan dan pendidikan. Alangkah moleknya jika segala kebaikan-kebaikan itu benar belaka. Malangnya kenapa mesti RAKYAT DIDAHULUKAN??? Didahulukan menjadi mangsa dan didahulukan untuk berkorban, terkorban hasil daripada dikorbankan. Sepatutnya tidak timbul penarik balik subsidi terutama petrol kerana negara kita punya hasil petrol sendiri yang menjana pendapatan berbillion-billion. Adakah pengurusan kewangan negara yang tidak cekap puncanya.?? Seringkali dimomokkan harga petrol kita masih lagi murah berbanding negara lain yang bukannya ada hasil petrol pun... Banyak lagi aspek yang memusykilkan namun siapa lah kita, golongan marhain.......

Isu pemansuhan UPSR dan PMR juga masih lagi berbahang. Setahu patik pacal yang hina ini, telah lama ada cadangan pemansuhan konsep peperiksaan umum ini. Cuma ia belum diluahkan oleh individu yang ada kuasa, justeru terperam lah tanpa reaksi. Secara peribadi ianya mempunyai pro dan kontra. Namun amat mengecewakan tatkala mendengar reaksi seorang ahli politik yang tak relevan dan tak betul-betul cakap melayunya. "Jika UPSR dimansuhkan, guru-guru akan tidak berfungsi dan malas mengajar"adalah intipati reaksi ahli politik tersebut. Inilah pemikiran hasil daripada pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. Dengan kata lain .....BANGANG! Lupakah beliau, peranan guru bukanlah sekadar mengajar tetapi juga mendidik.....membina negara bangsa daripada modal insan yang murni. Rebung yang ingin dilentur terus-terusan dilepaskan pada para guru SEPENUHNYA. Adakah pihak lain ada peranan lebih penting sehingga melepaskan 100% tanggungjawab itu dibahu para guru???